Senarai E-mel Sukarela:Pengunjung tapak web BSA dijemput melanggan untuk menerima berita tentang peristiwa terkini yang mungkin menarik minat mereka. Untuk berbuat demikian, pengunjung dijemput untuk memberikan nama dan maklumat hubungan. Kami tidak menjual, menyewakan, meminjamkan, memperdagangkan atau memajakkan maklumat peribadi dalam senarai kami kepada sesiapa pun.
Melaporkan cetak rompak:Pengunjung tapak web kami dijemput untuk melaporkan kes cetak rompak perisian yang disyaki kepada BSA menerusi mel elektronik dan sistem laporan dalam talian kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyiasat dakwaan tersebut, dan jika perlu, mengambil tindakan undang-undang dan tindakan penguatkuasaan lain.
Maklumat pelayar yang dikumpulkan di tapak web: Seperti banyak pengendali tapak web, BSA menganalisis log tapak web untuk terus menambah nilai tapak web kami bagi pengunjung. Kami menggunakan penyedia perkhidmatan luar untuk memberikan laporan masa sebenar kepada kami dan akses kepada ejen sah pelayar kami ke tapak ini. Ini termasuk tatapan laman, tatapan unik, pengunjung unik, pengunjung berulang, kekerapan kunjungan, tempoh kunjungan puncak dan alamat IP, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi umum anda. Apabila menggunakan perkhidmatan ini, kami tidak mengumpulkan, meminta, mencatatkan, mensyaratkan, mengutip atau menjejak maklumat yang dikenal pasti secara peribadi oleh pengguna Internet.
Penggunaan kuki (cookies) kami Kuki ialah fail teks data kecil dan boleh disimpan dalam cakera keras komputer anda (jika dibenarkan oleh pelayar Web anda) dan membolehkan kami mengenal pasti secara automatik pelayar anda menerusi pelayan kami apabila anda berinteraksi dengan tapak web kami. Kami menggunakan kuki di tapak web kami untuk mengingati pilihan anda, memberi anda kandungan dan pengiklanan yang disasarkan kepada aktiviti dalam talian anda, dan mengukur keberkesanan tapak, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami.
Dengan mengubah suai penetapan pada pelayar, anda mempunyai pilihan untuk menerima semua kuki, dimaklumkan bila kuki dihantar, atau menolak semua kuki. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara mengubah suai penetapan pelayar untuk menghalang atau menapis kuki. . Perhatian bahawa jika anda menolak beberapa atau semua kuki, pengalaman anda di tapak kami dan tapak lain di seluruh Web mungkin tidak lengkap. Di samping itu, jika anda tidak membenarkan kuki, anda tidak dapat memanfaatkan kandungan yang disesuaikan khusus secara peribadi yang ditawarkan oleh tapak Internet lain atau oleh kami.
Penggunaan teknologi lain oleh kami:Tapak kami juga boleh menggunakan suar Web (juga dikenali sebagai gif lutsinar, tag piksel atau pepijat Web), yang merupakan grafik kecil dengan pengenalan unik, sama fungsinya dengan kuki, yang diletakkan dalam kod sesuatu laman Web. Kami menggunakan suar Web untuk memantau corak penggunaan di tapak kami, untuk menghantar atau berkomunikasi dengan kuki, untuk memahami sama ada anda telah mengunjungi tapak kami menerusi iklan dalam talian yang dipaparkan di tapak Web pihak ketiga, dan menambah baik prestasi tapak. Kami juga boleh membenarkan penyedia perkhidmatan kami untuk menggunakan suar Web untuk membantu kami memahami e-mel mana yang telah dibuka oleh penerima dan untuk menjejak pergerakan dan tindakan pengunjung di tapak kami. Ini membantu kami mengukur keberkesanan kandungan kami dan tawaran lain.
Penggunaan kuki dan teknologi lain oleh pihak ketiga:Kami juga membenarkan pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat tentang aktiviti dalam talian anda menerusi kuki dan teknologi lain. Pihak ketiga ini termasuk rangkaian pengiklanan, yang mengumpulkan maklumat tentang minat anda apabila anda melihat atau berinteraksi dengan salah satu daripada iklan yang dipaparkan di tapak kami atau tapak Web lain. Maklumat yang dikumpulkan oleh rangkaian iklan ini digunakan untuk membuat ramalan tentang kecenderungan, minat atau pilihan dan untuk memaparkan, atau berkongsi dengan pihak lain supaya mereka boleh memaparkan iklan di tapak kami dan meliputi Web, berasaskan minat anda.
Perhatian bahawa kami tidak mempunyai akses kepada atau mengawal kuki atau teknologi lain yang digunakan oleh pihak ketiga ini untuk mengumpulkan maklumat tentang minat anda, dan amalan maklumat pihak ketiga tersebut tidak dilindungi di bawah Dasar Privasi ini. Sesetengah pihak ketiga tersebut ialah ahli Inisiatif Pengiklanan Saluran, yang menyediakan lokasi tunggal untuk membuat pilihan tidak menerima iklan yang menyasarkan syarikat ahli. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
Penggunaan lain maklumat peribadi anda:Selain daripada menggunakan maklumat tentang anda untuk tujuan yang ditetapkan di atas, dari masa ke masa kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar berita tentang organisasi kami dan bahan promosi tentang inisiatif BSA kepada anda dengan syarat anda belum membuat pilihan untuk tidak menerima maklumat yang diterangkan di bawah.