DASAR PRIVASI

BSA | The Software Alliance menitikberatkan usaha menangani kebimbangan pengguna tentang privasi dalam talian. Untuk tujuan ini, BSA komited untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan kepada kami oleh pengunjung ke mana-mana tapak web BSA yang berpaut kepada laman ini dan maklumat yang dimasukkan dalam senarai mel elektronik kami. Dasar Privasi ini menerangkan cara kami menggunakan dan menjaga maklumat peribadi anda.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT:

  • Senarai E-mel Sukarela:Pengunjung tapak web BSA dijemput melanggan untuk menerima berita tentang peristiwa terkini yang mungkin menarik minat mereka. Untuk berbuat demikian, pengunjung dijemput untuk memberikan nama dan maklumat hubungan. Kami tidak menjual, menyewakan, meminjamkan, memperdagangkan atau memajakkan maklumat peribadi dalam senarai kami kepada sesiapa pun.
  • Melaporkan cetak rompak:Pengunjung tapak web kami dijemput untuk melaporkan kes cetak rompak perisian yang disyaki kepada BSA menerusi mel elektronik dan sistem laporan dalam talian kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyiasat dakwaan tersebut, dan jika perlu, mengambil tindakan undang-undang dan tindakan penguatkuasaan lain.
  • Maklumat pelayar yang dikumpulkan di tapak web: Seperti banyak pengendali tapak web, BSA menganalisis log tapak web untuk terus menambah nilai tapak web kami bagi pengunjung. Kami menggunakan penyedia perkhidmatan luar untuk memberikan laporan masa sebenar kepada kami dan akses kepada ejen sah pelayar kami ke tapak ini. Ini termasuk tatapan laman, tatapan unik, pengunjung unik, pengunjung berulang, kekerapan kunjungan, tempoh kunjungan puncak dan alamat IP, yang boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi umum anda. Apabila menggunakan perkhidmatan ini, kami tidak mengumpulkan, meminta, mencatatkan, mensyaratkan, mengutip atau menjejak maklumat yang dikenal pasti secara peribadi oleh pengguna Internet. Penggunaan kuki (cookies) kami Kuki ialah fail teks data kecil dan boleh disimpan dalam cakera keras komputer anda (jika dibenarkan oleh pelayar Web anda) dan membolehkan kami mengenal pasti secara automatik pelayar anda menerusi pelayan kami apabila anda berinteraksi dengan tapak web kami. Kami menggunakan kuki di tapak web kami untuk mengingati pilihan anda, memberi anda kandungan dan pengiklanan yang disasarkan kepada aktiviti dalam talian anda, dan mengukur keberkesanan tapak, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami. Dengan mengubah suai penetapan pada pelayar, anda mempunyai pilihan untuk menerima semua kuki, dimaklumkan bila kuki dihantar, atau menolak semua kuki. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara mengubah suai penetapan pelayar untuk menghalang atau menapis kuki. . Perhatian bahawa jika anda menolak beberapa atau semua kuki, pengalaman anda di tapak kami dan tapak lain di seluruh Web mungkin tidak lengkap. Di samping itu, jika anda tidak membenarkan kuki, anda tidak dapat memanfaatkan kandungan yang disesuaikan khusus secara peribadi yang ditawarkan oleh tapak Internet lain atau oleh kami.
  • Penggunaan teknologi lain oleh kami:Tapak kami juga boleh menggunakan suar Web (juga dikenali sebagai gif lutsinar, tag piksel atau pepijat Web), yang merupakan grafik kecil dengan pengenalan unik, sama fungsinya dengan kuki, yang diletakkan dalam kod sesuatu laman Web. Kami menggunakan suar Web untuk memantau corak penggunaan di tapak kami, untuk menghantar atau berkomunikasi dengan kuki, untuk memahami sama ada anda telah mengunjungi tapak kami menerusi iklan dalam talian yang dipaparkan di tapak Web pihak ketiga, dan menambah baik prestasi tapak. Kami juga boleh membenarkan penyedia perkhidmatan kami untuk menggunakan suar Web untuk membantu kami memahami e-mel mana yang telah dibuka oleh penerima dan untuk menjejak pergerakan dan tindakan pengunjung di tapak kami. Ini membantu kami mengukur keberkesanan kandungan kami dan tawaran lain.
  • Penggunaan kuki dan teknologi lain oleh pihak ketiga:Kami juga membenarkan pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat tentang aktiviti dalam talian anda menerusi kuki dan teknologi lain. Pihak ketiga ini termasuk rangkaian pengiklanan, yang mengumpulkan maklumat tentang minat anda apabila anda melihat atau berinteraksi dengan salah satu daripada iklan yang dipaparkan di tapak kami atau tapak Web lain. Maklumat yang dikumpulkan oleh rangkaian iklan ini digunakan untuk membuat ramalan tentang kecenderungan, minat atau pilihan dan untuk memaparkan, atau berkongsi dengan pihak lain supaya mereka boleh memaparkan iklan di tapak kami dan meliputi Web, berasaskan minat anda. Perhatian bahawa kami tidak mempunyai akses kepada atau mengawal kuki atau teknologi lain yang digunakan oleh pihak ketiga ini untuk mengumpulkan maklumat tentang minat anda, dan amalan maklumat pihak ketiga tersebut tidak dilindungi di bawah Dasar Privasi ini. Sesetengah pihak ketiga tersebut ialah ahli Inisiatif Pengiklanan Saluran, yang menyediakan lokasi tunggal untuk membuat pilihan tidak menerima iklan yang menyasarkan syarikat ahli. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.
  • Penggunaan lain maklumat peribadi anda:Selain daripada menggunakan maklumat tentang anda untuk tujuan yang ditetapkan di atas, dari masa ke masa kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar berita tentang organisasi kami dan bahan promosi tentang inisiatif BSA kepada anda dengan syarat anda belum membuat pilihan untuk tidak menerima maklumat yang diterangkan di bawah.

PENDEDAHAN MAKLUMAT:

  • Penjualan semula atau pendedahan maklumat kepada pihak ketiga: BSA tidak menjual, menyewakan, meminjamkan, memperdagangkan atau memajakkan maklumat peribadi yang dikumpulkan di tapak web kami atau yang termasuk dalam senarai e-mel kami kepada mana-mana pihak ketiga. Apabila BSA menggunakan subkontraktor atau penyedia perkhidmatan yang mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi, mereka tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan atau perjanjian yang serupa untuk memastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga sama apabila mengendalikan maklumat peribadi anda seperti yang kami lakukan.
  • Privasi laporan cetak rompak: Individu lazimnya melaporkan kejadian cetak rompak perisian kepada BSA menerusi mel elektronik dan sistem pelaporan dalam talian kami. Melainkan di mana maklumat peribadi yang diberikan kepada kami untuk tujuan ini didedahkan kepada peguam BSA atau penyedia perkhidmatan lain untuk tujuan perundangan dan penguatkuasaan lain, maklumat tersebut tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak yang memberikan maklumat atau melainkan disyaratkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

KESELAMATAN DATA:

Kami mengambil langkah berjaga-jaga secara rapi untuk melindungi data daripada kehilangan, salah guna, akses atau pendedahan tidak sah, pindaan atau pemusnahan. Apabila BSA melantik subkontraktor atau penyedia perkhidmatan yang mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi, mereka terikat dengan perjanjian kerahsiaan atau perjanjian seumpamanya untuk memastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga yang sama apabila mengendalikan maklumat peribadi sepertimana yang kami lakukan.

KUALITI DAN AKSES DATA:

BSA memberi peluang kepada anda untuk mengetahui maklumat yang dipegang oleh BSA tentang anda, di samping keupayaan untuk membetulkan, meminda atau memadam, yang mana wajar, sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat. Sekiranya anda mahu melaksanakan mana-mana pilihan ini atau jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan tentang maklumat yang telah dikumpulkan oleh BSA berhubung dengan anda, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel ke info@bsa.org.

PILIHAN KELUAR::

Walaupun kebanyakan pengunjung ke tapak web BSA menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan penerimaan maklumat tentang inisiatif, usaha pendidikan dan bahan lain BSA, kami sedar bahawa setiap individu berhak untuk memilih. Jika mereka membuat keputusan untuk tidak menerima komunikasi BSA, sila hantar e-mel kepada kami di info@bsa.org.

PENGUATKUASAAN:

Jika atas sebarang sebab anda mendapati BSA tidak mematuhi prinsip privasi ini, sila maklumkan kami menerusi e-mel di info@bsa.org, dan kami akan berusaha untuk mengkaji semula dan menyelesaikan masalah dengan segera. Sila gunakan perkataan “Privacy Policy” pada tajuk e-mel.

PAUTAN LUAR:

Tapak web ini menyediakan pautan kepada pelbagai tapak web yang tidak dikawal oleh BSA. Apabila anda klik pada salah satu pautan ini, anda akan dipindah keluar dari tapak web kami dan dihubungkan kepada tapak web organisasi atau syarikat yang anda pilih. Walaupun jika terdapat hubungan antara tapak web kami dan tapak web pihak ketiga, kami tidak mempunyai kawalan terhadap tapak pautan. Setiap satu tapak pautan ini menggunakan amalan privasi dan prosedur pengumpulan data bebas sendiri. Jika anda mengunjungi tapak web yang dihubungkan kepada tapak kami, anda perlu membaca dasar privasi tapak tersebut sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.

PEMINDAHAN MAKLUMAT ANTARABANGSA

Sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang anda berikan kepada BSA akan dikumpulkan terus dalam pelayan yang terletak di Amerika Syarikat dan disenggarakan menggunakan pelayan di Amerika Syarikat atau negara lain. Jika lokasi anda ialah di luar Amerika Syarikat, ini bermakna sebarang maklumat yang anda berikan akan dipindahkan ke luar negara. Walaupun BSA komited untuk memberi anda maklumat dengan tahap perlindungan privasi tertinggi, kami percaya anda patut tahu bahawa tahap perlindungan am bagi maklumat peribadi di Amerika Syarikat mungkin tidak sama seperti yang disediakan di negara lain, termasuk negara-negara Kesatuan Eropah.

TERMA DAN PENGUBAHSUAIAN DASAR PRIVASI:

Dengan menggunakan tapak web ini, anda menyatakan persetujuan anda dengan terma dasar privasi kami. Jika anda tidak setuju dengan terma ini, jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi menerusi tapak ini. BSA boleh mengubah suai dasar privasi pada bila-bila masa atas budi bicaranya dan pengubahsuaian berkuat kuasa apabila dipaparkan di tapak ini. Anda bertanggungjawab bagi menyemak semula dasar privasi ini dari masa ke masa untuk memastikan anda sedar tentang sebarang perubahan kepadanya. BSA akan memaklumkan anda tentang perubahan penting menerusi e-mel atau dengan meletakkan notis secara ketara di tapak web kami.

MENGHUBUNGI BSA MENGENAI PRIVASI:

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan tentang dasar privasi ini sila hantar e-mel ke info@bsa.org.
Mengenai BSA

BSA | The Software Alliance (www.bsa.org) ialah penggiat utama bagi industri perisian global dalam urusan dengan kerajaan dan pasaran antarabangsa. Ahli-ahlinya adalah antara syarikat paling inovatif di dunia, mencipta penyelesaian perisian yang merangsang ekonomi dunia dan menambah baik kehidupan moden. Beribu pejabat di Washington, DC, dan dengan operasi di lebih daripada 60 negara, BSA merintis program pematuhan yang menggalakkan penggunaan perisian sah dan menyokong dasar awam yang memupuk inovasi teknologi dan memacu pertumbuhan dalam ekonomi digital. Maklumat lanjut.