LEBIH DARIPADA 1 DALAM 2 PERISIAN DI MALAYSIA TIDAK BERLESEN. ANDA BOLEH MEMBANTU MENYELESAIKANNYA.

LAPORKAN CETAK ROMPAK PERISIAN SEKARANG!

LAPORAN ANDA AKAN DIRAHSIAKAN

BSA Logo

MAKSUD CETAK ROMPAK?

Apakah yang Dimaksudkan dengan Cetak Rompak Perisian?

  • Menyalin atau mengedarkan perisian hak cipta tanpa kebenaran
  • Membeli satu salinan perisian dan memasang perisian tersebut pada berbilang komputer
  • Menyalin, memuat turun, berkongsi, menjual atau memasang berbilang salinan ke dalam komputer peribadi atau perniagaan adalah tindakan mencuri perisian

MENGENAI KERAHSIAAN

Berpandukan dasar yang disusun rapi, BSA | The Software Alliance memastikan segala maklumat mengenai anda dirahsiakan. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda atas laporan anda dan tidak akan mendedahkan maklumat anda melainkan diperlukan di bawah undang-undang untuk berbuat demikian.

ADA SOALAN?



   E-mel

   Hubungi: 1 800 887 800

SOALAN LAZIM

Jika saya melaporkan cetak rompak perisian kepada BSA,
adakah nama saya dirahsiakan?

Nama anda tidak akan didedahkan di luar BSA melainkan diperlukan di bawah undang-undang. Kami mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin kerahsiaan identiti anda dan kerahsiaan kes anda pada setiap masa.

Apa yang berlaku selepas saya memfailkan laporan tentang penggunaan perisian tidak sah?

Prosesnya mudah. Hanya perlu isikan borang laporan tiga langkah ini dengan seberapa banyak maklumat yang anda boleh ingat dan kemukakan kepada BSA. Pasukan penyiasat dalaman kami akan menghubungi anda sekiranya wajar dan memulakan penyiasatan terhadap syarikat sasaran. Berasaskan maklumat anda dan siasatan kami, BSA akan mengambil tindakan yang kami rasa sesuai.

Apakah perkembangan laporan saya?

Untuk mengetahui tentang perkembangan laporan anda, kami meminta anda menghantar e-mel ke nopiracy@bsa.org atau hubungi talian khidmat Malaysia di 1 800 887 800 pada waktu perniagaan biasa (Isnin – Jumaat 9.00 PG – 5.30 PTG). Anggota pasukan BSA akan memberikan maklumat terkini kepada anda secepat mungkin. Perhatian bahawa proses penyiasatan adalah teliti dan boleh mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai perkembangan penting.

Bagaimana anda mengira ganjaran bagi laporan perisian cetak rompak?

Ganjaran tunai sehingga RM 20,000 akan dibayar mengikut budi bicara BSA dan hanya akan dibayar selepas siasatan dijalankan yang berasaskan maklumat yang diberikan. Wang ganjaran hanya akan diberikan sekiranya BSA menerima pampasan kewangan daripada organisasi yang dilaporkan

Bilakah saya akan menerima ganjaran kerana melaporkan cetak rompak perisian?

Ganjaran hanya akan dibayar jika BSA membuat siasatan dan disebabkan secara langsung oleh maklumat yang anda berikan, BSA menerima pampasan kewangan daripada organisasi yang dilaporkan. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa bulan. Jika keperluan ganjaran telah dipenuhi, maka BSA akan mempertimbangkan untuk membayar ganjaran kepada anda.

Bagaimana saya boleh mengesahkan bahawa anda telah menerima laporan perisian saya?

Jika anda mahukan pengesahan bahawa BSA telah menerima laporan, kami meminta anda menghantar e-mel ke nopiracy@bsa.orgatau hubungi talian khidmat Malaysia di 1 800 887 800 pada waktu perniagaan biasa (Isnin – Jumaat 9:00PG-5:30PTG).